N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 36 - PERUNTUKAN AM




Kaedah 21. Salinan dokumen-dokumen untuk pihak lain.

(1) Jika dokumen yang disediakan oleh suatu pihak bagi kegunaan di Mahkamah adalah bercetak, maka pihak yang telah menyediakannya mestilah apabila menerima permintaan bertulis daripada mana-mana pihak lain yang berhak mendapat salinan dokumen itu, membekalkannya lagi dengan suatu salinan, dan apabila dibayar caj yang sewajarnya, membekalkannya dengan sekian bilangan salinan selanjutnya, tidak melebihi 10, sebagaimana yang dinyatakan dalam permintaan itu.

(2) Jika dokumen yang disediakan oleh suatu pihak bagi kegunaan di Mahkamah adalah bertulis atau bertaip, maka pihak yang telah menyediakannya mestilah membekalkan mana-mana pihak lain yang berhak mendapat salinannya, yang bukan suatu pihak yang kepadanya dokumen itu telah disampaikan dengan satu salinannya dan, jika dokumen yang berkenaan itu adalah suatu afidavit, salinan apa-apa dokumen yang diekshibitkan padanya.

Salinan itu mestilah siap untuk penghantarserahan dalam masa 48 jam selepas permintaan bertulis baginya, berserta dengan suatu akujanji untuk membayar caj yang sewajarnya, diterima dan mestilah dibekalkan selepas itu apabila dibayar caj tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.