N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 20 - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH




Kaedah 11. Menyediakan dan mencatatkan penghakiman atau perintah.

(1) Jika penghakiman yang diberikan dalam sesuatu kausa atau perkara diserahkan untuk catatan mengikut kaedah ini di Pejabat Pendaftaran, maka ia hendaklah dicatatkan oleh seorang pegawai Pejabat Pendaftaran ke dalam buku yang disimpan bagi maksud itu.

(2) Pihak yang meminta supaya penghakiman sedemikian dicatatkan mestilah menyediakan penghakiman itu dan menyerahkannya kepada pegawai yang berkenaan di Pejabat Pendaftaran untuk catatan.

(3) Semasa mencatatkan apa-apa penghakiman sedemikian pegawai yang berkenaan hendaklah memfailkan penghakiman dan mengembalikan penduanya kepada pihak yang menyerahkannya untuk catatan.

(4) Tiap-tiap perintah yang dikehendaki disediakan mestilah disediakan oleh pihak yang perintah itu telah dibuat dengan memihak kepadanya dan jika pihak itu gagal menyediakan perintah itu dalam masa 7 hari selepas ia dibuat, maka mana-mana pihak lain yang terlibat dengan perintah itu boleh menyediakannya.

(5) Perintah yang disebutkan dalam subkaedah (4) mestilah, apabila disediakan, dikemukakan di Pejabat Pendaftaran, berserta dengan suatu salinannya, dan apabila diluluskan oleh Pendaftar perintah itu, yang dimeteraikan dengan meterai Mahkamah, hendaklah dikembalikan kepada pihak yang mengemukakannya dan salinan itu hendaklah diserahsimpan di Pejabat Pendaftaran.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.