N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 26 - INTERPLIDER




Kaedah 2. Tututan mendapatkan barang, dsb., yang diambil sebagai pelaksanaan.

(1) Mana-mana orang yang membuat tuntutan mendapatkan atau berkenaan dengan apa-apa wang, barangan atau harta alih lain yang diambil atau dicadangkan hendak diambil dalam pelaksanaan menurut proses Mahkamah, atau mendapatkan hasil atau nilai apa-apa harta sedemikian, mestilah memberi notis tuntutannya dalam Borang 37 kepada bailif yang dipertanggungjawabkan bagi pelaksanaan proses itu dan mestilah memasukkan dalam notisnya suatu pernyataan tentang alamatnya, dan alamat itu hendaklah alamat untuk penyampaian kepadanya.

(2) Sebaik sahaja menerima tuntutan yang dibuat di bawah kaedah ini bailif mestilah dengan serta-merta memberi notis mengenainya dalam Borang 38 kepada pemiutang pelaksanaan dan pemiutang pelaksanaan itu mestilah, dalam masa 4 hari selepas menerima notis itu, memberi notis dalam Borang 39 kepada bailif memberitahunya sama ada dia mengaku atau mempertikaikan tuntutan itu. Sekiranya pemiutang pelaksanaan mempertikaikan tuntutan itu, dia hendaklah memberikan alasan-alasan dalam Borang yang sama.

Seseorang pemiutang pelaksanaan yang memberi notis mengikut kaedah ini yang mengakui sesuatu tuntutan hanyalah bertanggungan kepada bailif bagi apa-apa fee dan perbelanjaan yang dilakukan oleh bailif sebelum penerimaan notis itu.

(3) Jika-
maka bailif hendaklah merujukkan kepada Mahkamah tuntutan tersebut untuk dibicara dan diputuskan.

(4) Seorang bailif yang menerima notis daripada pemiutang pelaksanaan di bawah subkaedah (2) yang mengakui tentang sesuatu tuntutan yang dibuat di bawah kaedah ini hendaklah menarik diri daripada pemilikan wang, barangan atau harta alih lain yang dituntut itu.

(5) Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, notis-notis yang dikeluarkan di bawah kaedah ini mestilah disampaikan ke diri sekurang-kurangnya 7 hari sebelum hari kembalian.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.