N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 22 - PELAKSANAAN
Penggantungan Pelaksanaan




Kaedah 30. Penggantungan pelaksanaan.

Mahkamah boleh atas sebab-sebab yang mencukupi menggantungkan mana-mana perintah pelaksanaan pada mana-mana peringkat dan boleh mengenakan syarat-syarat mengenai pembayaran ke dalam Mahkamah, cagaran atau selainnya sepertimana yang difikirkan patut, dan boleh selepas itu memerintah supaya mana-mana harta yang disita atau ditahan dilepaskan, atau mana-mana orang yang telah dikomitkan dibebaskan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.