N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 34 - RAYUAN




Kaedah 3. Petisyen rayuan.

(1) Dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan pemberitahuan siapnya penghakiman, pihak merayu hendaklah memasukkan kepada Pendaftar Mahkamah dari mana rayuan dibuat petisyen rayuan dalam 5 salinan dialamatkan kepada Mahkamah yang mendengar rayuan.

(2) Jika pihak merayu memohon salinan nota-nota keterangan yang dicatatkan oleh Hakim semasa perbicaraannya, ia hendaklah memasukkan petisyen rayuan dalam tempoh 14 hari-
mengikut mana-mana tempoh yang lebih lewat.

(3) Setiap petisyen rayuan hendaklah menyatakan dengan ringkas isi keputusan yang dirayu, dan hendaklah mengandungi butir-butir yang jelas mengenai undang-undang atau fakta-fakta mengenainya rayuan dibuat dan kecuali dengan kebenaran Mahkamah yang mendengar rayuan, pihak merayu tidak boleh semasa rayuan didengar merujuk kepada alasan rayuan yang lain selain daripada yang dinyatakan di dalam petisyen.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.