N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 21 - PENGUATKUASAAN PENGHAKIMAN DAN PERINTAH




Kaedah 5. Penghakiman, dsb., yang berkehendakkan perbuatan dilakukan: Perintah menetapkan masa untuk melakukannya.

(1) Walaupun sesuatu penghakiman atau perintah yang menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, Mahkamah hendaklah, mempunyai kuasa membuat suatu perintah yang menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam suatu masa yang lain, iaitu suatu masa selepas penyampaian perintah itu, atau suatu masa lain, sebagaimana yang dinyatakan di dalamnya.

(2) Walau apa pun yang diperuntukkan dalam Aturan 20, sesuatu penghakiman atau perintah yang menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan tidak menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa kemudiannya untuk membuat suatu perintah menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam suatu masa selepas penyampaian perintah itu, atau suatu masa lain, sebagaimana yang dinyatakan di dalamnya.

(3) Sesuatu permohonan minta suatu perintah di bawah kaedah ini mestilah dibuat melalui notis dan notis itu mestilah, walau apa pun apa-apa jua dalam Aturan 6, disampaikan kepada orang yang dikehendaki melakukan perbuatan yang berkenaan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.