N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 34 - RAYUAN




Kaedah 4. Rekod rayuan.

(1) Apabila pihak merayu telah memenuhi kehendak kaedah 2 dan 3 atau Mahkamah yang mendengar rayuan telah membenar pihak merayu untuk merayu sebagai seorang papa, Mahkamah di mana rayuan itu dibuat hendaklah menyediakan bilangan yang dikehendaki bagi salinan rekod rayuan dan rekod itu hendaklah mengandungi salinan-
(2) Sebaik sahaja rekod rayuan siap disediakan Mahkamah dari mana rayuan dibuat hendaklah menyampaikan kepada pihak merayu notis dalam Borang 44.

(3) Jika pihak merayu berpendapat bahawa mana-mana dokumen yang menjadi ekshibit adalah tidak perlu dimasukkan ke dalam rekod itu, ia hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari semua pihak kepada rayuan supaya dokumen itu digugurkan daripada rekod itu. Kebenaran bertulis itu hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar.

(4) Apabila diminta oleh pihak merayu dan jika bayaran yang tersebut di dalam kaedah 2 (5) tidak mencukupi, Pendaftar hendaklah setelah dijelaskan oleh pihak merayu bayaran selanjutnya bagi mencukupi kos penyediaan rekod rayuan itu-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.