N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 10 - KEPAPAAN




Kaedah 1. Permohonan menuntut atau membela sebagai seorang papa.

(I) Mana orang yang ingin memulakan atau membela mana-mana tindakan atau lain-lain prosiding sendiri dan tidak upaya membayar perbelanjaannya boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapat izin menuntut atau membela sebagai seorang papa.

(2) Permohonan itu hendaklah melalui afidavit dalam Borang 15 dan pemohon (selepas ini dipanggil "seorang papa") hendaklah menyatakan didalamnya-
(3) Afidavit itu hendaklah disediakan oleh pemohon dan hendaklah diperakukan oleh pemohon itu di hadapan Hakim.

(4) Apabila Mahkamah berpuas hati-
Mahkamah hendaklah membuat satu perintah membenarkan pemohon itu menuntut atau membela mengikut mana yang berkenaan sebagai seorang papa. Setelah perintah tersebut dibuat saman atau lain-lain proses dalam tindakan itu atau lain-lain prosiding dan catatan berkaitan dalam buku daftar hendaklah ditanda "seorang papa".

(5) Jika Mahkamah tidak berpuas hati ia hendaklah menolak permohonan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.