N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 17 - AFIDAVIT




Kaedah 5. Dokumen-dokumen yang hendak digunakan berhubungan dengan afidavit hendaklah diekshibitkan kepadanya.

(1) Apa-apa dokumen yang hendak digunakan berhubungan dengan sesuatu afidavit mestilah diekshibitkan, dan satu salinannya ditambah kepada afidavit itu.

(2) Apa-apa ekshibit bagi sesuatu afidavit mestilah dikenalpasti melalui perakuan orang yang di hadapannya afidavit itu diikrar seperti berikut:

"Ini ialah ekshibit yang ditanda "..................................." yang tersebut di dalam afidavit ........................... yang diikrarkan di hadapan saya pada ...................... 19 ......................".

(3) Semua ekshibit hendaklah berada di dalam jagaan orang yang membuat afidavit, kecuali jika Mahkamah memerintah sebaliknya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.