N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 24 - PERINTAH INTERIM MENGENAI HARTA.




Kaedah 8. Membenarkan pendapatan daripada harta pendente lite.

Jika mana-mana harta alih atau tak alih menjadi hal-perkara bagi mana-mana prosiding, dan Mahkamah berpuashati bahawa harta itu lebih daripada mencukupi untuk menjawab segala tuntutan ke atasnya yang peruntukan baginya patut dibuat dalam prosiding itu, maka Mahkamah boleh pada bila-bila masa membenarkan keseluruhan atau sebahagian pendapatan daripada harta itu dibayar, di sepanjang apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkan olehnya, kepada mana-mana atau kesemua pihak yang mempunyai kepentingan di dalamnya atau boleh mengarahkan bahawa mana-mana bahagian harta alih itu dipindahkan atau dihantarserahkan kepada mana-mana atau kesemua pihak sedemikian.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.