N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 21 - PENGUATKUASAAN PENGHAKIMAN DAN PERINTAH




Kaedah 9. Perkara-perkara yang berlaku selepas penghakiman: Penggantungan pelaksanaan, dsb.

Sesuatu pihak yang terhadapnya suatu penghakiman telah diberikan atau suatu perintah dibuat boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan penggantungan pelaksanaan penghakiman atau perintah itu atau relif lain atas alasan perkara-perkara yang telah berlaku semenjak tarikh penghakiman atau perintah itu, dan Mahkamah boleh melalui perintah memberikan relif itu, dan atas apa-apa terma, sebagaimana yang difikirkannya patut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.