N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 24 - PERINTAH INTERIM MENGENAI HARTA.




Kaedah 5. Penjualan harta mudah musnah, dsb.

(1) Mahkamah boleh atas permohonan mana-mana pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, membuat suatu perintah bagi penjualan oleh mana-mana orang, mengikut apa-apa cara dan atas apa-apa terma (jika ada) sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu mengenai mana-mana harta alih yang menjadi hal perkara kausa atau perkara itu atau yang tentangnya apa-apa soalan berbangkit di dalamnya dari yang ia adalah daripada jenis yang mudah musnah atau mungkin merosot jika disimpan atau yang kerana apa-apa jua sebab baik yang lain adalah wajar dijualkan dengan serta-merta.

(2) Kaedah 1 (5) hendaklah terpakai berhubungan dengan sesuatu permohonan minta perintah di bawah kaedah ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.