N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 36 - PERUNTUKAN AM




Kaedah 9. Tidak mengikut peraturan.

(1) Ketidakpatuhan dengan mana-mana kaedah atau amalan aturcara yang berkuatkuasa tidak boleh membatalkan prosiding itu kecuali Mahkamah memerintah sedemikian, tetapi Mahkamah boleh atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak mengenepikan prosiding sepenuhnya atau sebahagiannya sebagai tidak berperaturan atau memerintah pindaan ke atasnya atas syarat-syarat yang difikirkan patut.

(2) Tiap-tiap permohonan di bawah kaedah ini boleh ditolak kecuali jika dibuat dalam tempoh yang munasabah dan sebelum pemohon mengambil langkah-Iangkah dalam prosiding dengan mengetahui akan ketidak berperaturan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.