N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 3 - CARA MEMULAKAN PROSIDING MAL DI MAHKAMAH SYARIAH




Kaedah 5. Hak mendakwa secara sendiri.

(1) Mana-mana orang (sama ada atau tidak dia mendakwa sebagai pemegang amanah atau wakil diri atau atas apa-apa sifat wakilan lain) boleh memulakan dan meneruskan prosiding di Mahkamah melalui seorang Peguam Syarie atau secara sendiri.

(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyatanya oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sesuatu pertubuhan perbadanan tidaklah boleh memulakan atau meneruskan apa-apa prosiding yang sedemikian melainkan melalui seorang Peguam Syarie.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.