N.S. P.U. 19/88
KAEDAH-KAEDAH UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (BORANG-BORANG DAN FEE) 1988




Kaedah 2. Jadual pertama

(1) Borang-borang sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama Kaedah-kaedah ini hendaklah digunakan bagi tujuan-tujuan berikut:

    (a) Permohonan untuk kebenaran berkahwin bagi lelaki
Borang 1
    (b) Permohonan untuk kebenaran berkahwin bagi perempuan
Borang 2
    (c) Kebenaran untuk berkahwin di bawah seksyen 17
Borang 3
    (d) Kebenaran untuk berkahwin di bawah seksyen 18
Borang 4
    (e) Kebenaran untuk berkahwin di luar kariah masjid
Borang 5
    (f) Surat Wakalah
Borang 6
    (g) Catatan Jurunikah/Pendaftar di bawah seksyen 22
Borang 7
    (h) Sijil Nikah
Borang 8
    (i) Permohonan untuk kebenaran perkahwinan poligami
Borang 9
    (j) Permohonan untuk mendaftarkan perkahwinan luar negeri atau perkahwinan dahulu
Borang 10
    (k) Permohonan untuk perakuan anggapan kematian
Borang 11
    (l) Perakuan anggapan mati
Borang 12
    (m) Permohonan untuk perceraian
Borang 13
    (n) Surat perakuan cerai/pembatalan
Borang 14
    (o) Surat perakuan persekedudukan semula
Borang 15
    (p) Permohonan untuk perceraian di bawah Ta'liq
Borang 16
    (q) Permohonan untuk fasakh
Borang 17
(2) Daftar Nikah, Daftar Perceraian dan Pembatalan dan Daftar Rujuk hendaklah masing-masingnya seperti yang ditetapkan dalam Borang 18, 19 dan 20.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.