Pg. P.U.11/2001 KAEDAH-KAEDAH PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH
AGAMA ISLAM (PULAU PINANG)2001 BAHAGIAN IV - SURATCARA JEMAAH PENGURUSAN
Kaedah 14. Tempoh jawatan, dll.
Suratcara Jemaah hendaklah memperuntukkan bahawa —
(a) tiap-tiap ahli Jemaah memegang jawatan untuk tempoh tidak lebih daripada dua tahun dari tarikh perlantikannya dan boleh dilantik semula;
(b) ahli Jemaah boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengemukakan suatu notis bertulis yang dialamatkan kepada Pendaftar melalui Pengerusi Jemaah.Perletakan jawatan tersebut dianggap sah sekiranya dipersetujui oleh Pendaftar; dan
(c) Jemaah boleh mencadangkan seorang lain kepada Pendaftar untuk mengisi kekosongan jawatan mana-mana ahli Jemaah yang telah tamat tempoh atau yang telah meletak jawatan.