Pg. P.U.11/2001
KAEDAH-KAEDAH PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH
AGAMA ISLAM (PULAU PINANG)2001

BAHAGIAN I - PERMULAAN




Kaedah 2. Tafsiran.

Dalam Kaedah-kaedah ini,melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —

“Enakmen” ertinya Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Pulau Pinang) 1989;

“Jabatan” ertinya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang;

“Jemaah” mempunyai makna yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Enakmen;

“Kumpulan Wang Asrama” ertinya Kumpulan Wang yang meliputi semua wang yang diberi oleh Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan dan pungutan daripada murid untuk pengurusan asrama;

“Kumpulan Wang Kerajaan” ertinya kumpulan wang yang meliputi semua wang yang diberi oleh Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan;

“Kumpulan Wang Suwa” ertinya kumpulan wang yang meliputi pungutan yang dibuat oleh sekolah, sumbangan daripada orang awam dan kutipan daripada projek perniagaan yang dilaksanakan oleh sekolah;

“Majlis” mempunyai makna yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Enakmen; dan

“Sekolah Islam” mempunyai makna yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Enakmen.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.