Pg. P.U.11/2001
KAEDAH-KAEDAH PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH
AGAMA ISLAM (PULAU PINANG)2001

BAHAGIAN IV - SURATCARA JEMAAH PENGURUSAN




Kaedah 16. Mesyuarat Khas Jemaah.

(1) Suratcara Jemaah hendaklah memperuntukkan bahawa Mesyuarat Khas Jemaah bagi sesuatu Sekolah Islam boleh diadakan pada bila-bila masa apabila berbangkit sesuatu perkara mustahak, dan mesyuarat sedemikian hendaklah diadakan untuk membincangkan hanya perkara berbangkit itu.

(2) Suratcara Jemaah hendaklah memperuntukkan bahawa walau apa pun peruntukan subkaedah (1), suatu Mesyuarat Khas Jemaah boleh diadakan di atas permintaan bertulis daripada satu pertiga ahli-ahli Jemaah suatu Sekolah Islam untuk membincangkan suatu perkara mustahak.

(3) Suratcara Jemaah hendaklah memperuntukkan bahawa Setiausaha hendaklah memanggil Mesyuarat Khas Jemaah dalam masa tujuh hari selepas menerima permintaan tersebut di bawah subkaedah (2).

(4) Suratcara Jemaah hendaklah memperuntukkan bahawa subkaedah 15(1)(b) hingga (f) dan (2) hendaklah terpakai bagi mesyuarat khas yang diadakan di bawah subkaedah 16(1).



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.