Pg. P.U. 12/2001 PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI (KELAKUAN DAN TATATERTIB) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG 2001 BAHAGIAN VI - HUKUMAN TATATERTIB
Peraturan 44. Turun gaji.
(1) Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan hukuman pengurangan gaji ke atas seseorang pegawai mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut:
(a) gaji itu hanya boleh dikurangkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama;
(b) pengurangan gaji itu tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji; dan
(c) tempoh hukuman itu tidak boleh kurang daripada dua belas bulan tetapi tidak boleh lebih daripada tiga puluh enam bulan pada mana-mana satu masa.
(2) Hukuman pengurangan gaji yang dikenakan ke atas seseorang pegawai hendaklah dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan.
(3) Tarikh pergerakan gaji seseorang pegawai yang ke atasnya hukuman turun gaji dikenakan hendaklah diubah ke tarikh pergerakan gaji yang berikutnya selepas hukuman itu tamat.
(4) Seseorang pegawai yang ke atasnya hukuman turun gaji dikenakan tidak berhak untuk menerima apa-apa pergerakan gaji bagi dan dalam tempoh hukuman itu sedang berkuatkuasa.