Pg. P.U. 4/97 KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID (NEGERI PULAU PINANG) 1997 BAHAGIAN IV - FUNGSI JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID
Kaedah 16. Tugas-tugas Khatib.
Khatib sesuatu masjid hendaklah-
(a) membaca khutbah Jumaat, khutbah Hari Raya dan khutbah lain yang berkaitan;
(b) menggantikan Imam sebagai Imam semasa ketiadaan mereka;
(c) menghadiri tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu qaryah masjid itu; dan
(d) menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAINPP atau JAIPP.