Pg. P.U. 1/98
KAEDAH-KAEDAH ACARA JENAYAH SYARIAH (BORANG DAN FEE) NEGERI PULAU PINANG 1998




Kaedah 2. Tafsiran.

(1) Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Kaedah-Kaedah ini hendaklah mempunyai pengertian yang sama sebagaimana yang diberikan padanya oleh Enakmen.

(2) Borang-borang yang ditetapkan dalam Jadual Pertama kepada Kaedah-Kaedah ini, dengan apa-apa perubahan sebagaimana yang dikehendaki oleh hal keadaan bagi setiap kes tetapi tanpa menjejaskan keluasan penggunaan borang-borang dalam Jadual kepada Enakmen, boleh digunakan bagi maksud masing-masing yang disebut dalamnya.

(3) Rujukan dalam Kaedah-Kaedah ini kepada mana-mana borang yang ditetapkan diikuti dengan huruf pandu hendaklah disifatkan sebagai rujukan kepada borang tertentu yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Kaedah-Kaedah ini.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.