Pg. P.U. 12/2001 PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI (KELAKUAN DAN TATATERTIB) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG 2001 BAHAGIAN I - PERMULAAN
Peraturan 1. Nama dan mula berkuatkuasa.
Peraturan-Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2001 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh ia disiarkan dalam Warta.