Pg. P.U. 5/2000
KAEDAH-KAEDAH PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU' (NEGERI PULAU PINANG) 2000
BAHAGIAN I - PERMULAAN




Kaedah 2. Tafsiran.

Dalam Kaedah-kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Enakmen" ertinya Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pulau Pinang 1985;

"Ketua Pendaftar" ertinya seorang Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian atau Ruju' Orang Islam yang dilantik di bawah seksyen 28 Enakmen;

"Pendaftar" ertinya seorang Pendaftar Perkahwinan, Perceraian atau Ruju' Orang Islam yang dilantik di bawah seksyen 28 Enakmen dan termasuklah Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar dan;

"Surat Perakuan Nikah" ertinya Surat Perakuan Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar termasuk Kad Nikah yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.