Pg. P.U. 4/97
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN VI - MESYUARAT




Kaedah 23. Mesyuarat khas Jawatankuasa Qaryah.

(1) Mesyuarat khas Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu qaryah masjid boleh diadakan pada bila-bila masa apabila berbangkit sesuatu perkara mustahak, dan setiap mesyuarat sedemikian hendaklah diadakan hanya untuk membincangkan perkara tertentu sahaja.

(2) Walau apa pun peruntukan subkaedah (1) satu mesyuarat khas Jawatankuasa Qaryah boleh diadakan di atas permintaan bertulis daripada satu pertiga daripada ahli-ahli Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu qaryah masjid itu untuk membincangkan sesuatu perkara mustahak.

(3) Setiausaha hendaklah memanggil mesyuarat khas Jawatankuasa Qaryah dalam masa tujuh (7) hari selepas menerima permintaan di bawah subkaedah (2).

(4) Subkaedah 22(2) hingga (7) hendaklah terpakai bagi mesyuarat khas yang diadakan di bawah subkaedah (1).



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.