Pg. P.U. 4/97
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN VIII - PENGAWALAN




Kaedah 33. Penggantungan atau penamatan jawatan.

(1) Jika mana-mana ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid atau jawatankuasa biro sesuatu qaryah masjid-

MAINPP boleh menggantung atau menamatkan jawatan Pegawai Masjid atau ahli Jawatankuasa Qaryah atau mengarahkan ketua biro itu supaya menamatkan jawatan ahli jawatankuasa biro itu.

(2) Walau apa pun subkaedah (1), tiada seorang pun boleh di gantung atau ditamatkan jawatannya di bawah subkaedah itu melainkan jika dia telah diberi peluang untuk didengar.

(3) Subkaedah 7(3) hendaklah terpakai berkenaan dengan jawatan yang menjadi kosong oleh sebab penamatan jawatan di bawah kaedah ini; kecuali bagi ahli jawatankuasa biro itu.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.