Pk. P.U. 1/84
PERATURAN JAWATANKUASA MASJID 1984




Peraturan 14. Kewangan.

(1) Kumpulan Wang Masjid tidak boleh digunakan bagi sesuatu tujuan selain daripada tujuan asalnya.

(2) Bendahari boleh menyimpan wang di tangan tidak lebih dari $25.00 pada sesuatu masa untuk perbelanjaan runcit masjid. Mana-mana wang selebihnya dari itu hendaklah disimpan dalam satu akaun Bank Simpanan Nasional Malaysia atau Bank atas nama Jawatankuasa Masjid.

(3) Semua cek atau notis pengeluaran wang daripada akaun masjid hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi atau jika ia tidak ada Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

(4) Sesuatu perbelanjaan yang melebihi $200.00 tidak boleh dibuat tanpa kebenaran Jawatankuasa Masjid terlebih dahulu.

(5) Seberapa cepat yang boleh apabila berakhirnya Tahun Kewangan Masjid, satu kenyataan Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun kewangan itu hendaklah disediakan dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira. Kira-kira yang disahkan itu hendaklah di-kemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung yang akan datang.

(6) Tahun Kewangan Masjid hendaklah berakhir pada penghujung bulan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.