"Ahli Kariah" maknanya orang yang tinggal tetap di dalam mana-mana kariah masjid;
"Jawatankuasa Masjid" maknanya kawasan satu-satu masjid yang ditentukan oleh kebiasaan penduduk-pendudukan di tempat itu;
"Kariah" dan "Kariah Masjid" maknanya kawasan satu-satu masjid yang ditentukan oleh kebiasaan pendudukan-pendudukan di tempat itu;
"Masjid" maknanya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak yang ditubuhkan mengikut Fasal (i) 5 dalam Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 1965;
"Masjid" maknanya suatu bangunan yang didirikan atau yang digunakan bagi tempat bersembahyang Jumaat atau lain pekerjaan amal ibadat yang berkaitan dengan Agama Islam yang diluluskan di bawah undang-undang ini dan diiktiraf oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak sebagai sebuah masjid;
"Pegawai Masjid" maknanya Imam, Khatib, Bilal dan Siak bagi satu-satu masjid;
"Yang Dipertua" maknanya Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan adat Melayu Perak;