Peraturan 5. Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Masjid.
Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Masjid bagi-
(a) Mengawal keselamatan dan kebersihan bangunan dan kawasan masjid, harta-harta dan alat-alat perkakasnya;
(b) Mengatur semua urusan ibadat dan pelajaran Agama di masjid;
(c) Berikhtiar mendapatkan harta untuk saraan masjid;
(d) Memilih dan mencadangkan kepada Yang Dipertua nama-nama orang untuk dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Masjid jika berlaku kekosongan sementara;
(e) Menjalankan apa-apa tugas yang diberikan kepadanya oleh Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam, 1965, Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya atau apa-apa arahan Yang Dipertua.