Pk. P.U. 1/84
PERATURAN JAWATANKUASA MASJID 1984




Peraturan 4. Perlantikan Jawatankuasa Masjid.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perenggan (5) dan (6) pada tiap-tiap tahun sekali iaitu tidak lewat daripada akhir bulan Oktober. Kadi Daerah atau jika ada Pegawai Agama Daerah, Pegawai Agama Daerah, Penghulu Mukim dan Naib Kadi dalam sesuatu Kariah Masjid hendaklah secara bersama mengemukakan kepada Yang Dipertua nama-nama ahli Kariah dalam Kariah Masjid itu yang ada pada pandangan mereka adalah layak dilantik menganggotai Jawatankuasa Masjid itu.

(2) Semasa mengemukakan nama-nama itu, mereka hendaklah mencadangkan dua nama, mengikut mana yang lebih layak pada pandangan mereka, untuk dilantik menjadi Pengerusi.

(3) Yang Dipertua, jika ia berpuas hati, bolehlah melantik orang-orang yang dicadangkan itu menjadi Pengerusi dan anggota Jawatankuasa itu. Jika ia tidak berpuas hati dengan mana-mana nama yang dicadangkan itu, ia bolehlah meminta dikemukakan semula nama-nama yang lain, atau melantik mana-mana ahli Kariah bagi Kariah Masjid itu yang pada pandangannya layak untuk menjadi Pengerusi atau anggota Jawatankuasa Masjid itu.

(4) Dengan seberapa segera selepas Yang Dipertua membuat perlantikan seperti yang tersebut dalam perenggan (3), Pengerusi yang dilantik itu hendaklah mengadakan suatu mesyuarat Jawatan-kuasa Masjid itu untuk melantik di antara anggota-anggota yang dilantik itu menjadi Naib Pengerusi, Bendahari, Setiausaha dan Ahli.

(5) Bagi Masjid Negeri, Masjid Daerah dan Masjid Ubudiah cadangan mana-mana orang-orang yang hendak dilantik menjadi Pengerusi dan anggota Jawatankuasa Masjid itu hendaklah di kemukakan oleh Majlis.

(6) Bagi masjid-masjid yang belum pernah ada sebuah Jawatan-kuasa Masjid, cadangan-cadangan yang tersebut dalam perenggan (1) dan (4) itu bolehlah dibuat pada bila-bila masa.

(7) Setiap perlantikan yang dibuat di bawah perenggan (3) hendaklah dibuat bagi tempoh dua tahun.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.