Sel. P.U. 210/91
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM (PEMELUKAN AGAMA ISLAM ORANG-ORANG BELUM DEWASA) 1991



Kaedah 4. Keizinan ibubapa atau penjaga.

(1) Tertakluk kepada subkaedah (2) dan (4), jika seseorang belum dewasa mempunyai bapa, dia hendaklah mendapatkan keizinan bertulis dari bapanya sebelum boleh memeluk agama Islam.

(2) Jika ibu kepada orang belum dewasa itu telah dilantik menjadi penjaganya, dia hendaklah mendapat keizinan bertulis daripada penjaga itu (selain dari bapanya) sebelum dia boleh memeluk agama Islam.

(3) Tertakluk kepada subkaedah (4), jika bapa kepada orang belum dewasa itu telah meninggal dunia, dia hendaklah mendapat keizinan bertulis daripada ibunya sebelum dia boleh memeluk agama Islam.

(4) Jika salah seorang atau kedua-dua ibubapa orang belum dewasa itu masih hidup, tetapi ada orang lain yang telah dilantik menjadi penjaganya, maka dia hendaklah mendapat keizinan bertulis daripada penjaga itu (selain dari ibubapanya) sebelum dia boleh memeluk agama Islam.

(5) Jika kedua-dua ibubapa orang belum dewasa itu telah meninggal dunia, dia hendaklah mendapat keizinan penjaganya sebelum dia boleh memeluk agama Islam.

Diperbuat pada 9hb September 1991.
[JAI. Sel. 0135 Jld. V; P. U. Sel. 2780.]

AHMAD ZABRI BIN IBRAHIM,
Pengerusi,
Majlis Agama Islam Selangor




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.