Sel. P.U. 44/2001
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL (SULH) SELANGOR 2001



Kaedah 5. Tatacara Sulh.

(1) Sulh hendaklah diadakan dalam suatu Majlis yang dihadiri oleh kedua-dua pihak dan dipengerusikan oleh Pendaftar atau mana-mana pegawai awam yang dilantik oleh Ketua Hakim Syarie bagi maksud itu.

(2) Dalam Majlis Sulh, pihak-pihak hendaklah hadir sendiri dan tiada Peguam Syarie boleh hadir bagi sesuatu pihak dan tiada sesuatu pihak boleh diwakili oleh seorang lain tanpa kebenaran Pengerusi.

(3) Pengerusi hendaklah di mana-mana mungkin membantu pihak-pihak untuk mencapai penyelesaian dalam pertikaian yang menjadi hal perkara sulh tersebut hendaklah memberi peluang untuk didengar, boleh mengambil keterangan daripada pihak-pihak itu, menerima apa-apa dokumen yang dikemukakan dan boleh, jika difikirkan perlu, menangguhkan Majlis itu dari semasa ke semasa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.