Sel. P.U. 22/2006
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (FI, ELAUN DAN KOS) 2006



JADUAL PERTAMA

(kaedah 2)

FI MAHKAMAH

No.
Butiran
Mahkamah Rendah Syariah
Mahkamah Tinggi Syariah
Mahkamah Rayuan Syariah
Catatan

(RM)
(RM)
(RM)

Saman, dsb.

1.
Apabila memeteraikan saman untuk memulakan tindakan atau memfailkan tuntutan balas, jika—

    (a) tuntutan adalah untuk sejumlah wang yang tidak melebihi RM100,000.00;
25.00

    (b) tuntutan adalah untuk sejumlah wang yang melebihi RM100,000.00
50.00

2.
Apabila memeteraikan permohonan untuk memulakan tindakan
20.00
40.00

3.
Apabila memeteraikan saman serentak atau saman diperbaharui atau permohonan serentak atau permohonan diperbaharui
5.00
10.00

4.
Apabila memeteraikan saman terpinda atau permohonan
terpinda
5.00
10.00

5.
Apabila menanda pembaharuan apa-apa saman atau permohonan atau pliding terpinda
5.00
10.00

6.
Apabila memfailkan wakalah bagi setiap orang
5.00
10.00

7.
Apabila memeteraikan notis permohonan interlokutori
10.00
20.00

8.
Apabila memohon penyampaian proses atau notisnya di luar bidang kuasa
20.00
20.00

Perintah, dsb.

9.
Apabila memeteraikan sepina, bagi setiap saksi
4.00
4.00

10.
Apabila memeteraikan sepina yang dikeluarkan kurang daripada 3 hari sebelum perbicaraan sesuatu tindakan bagi setiap orang saksi
10.00
10.00

11.
Apabila memeteraikan tiap-tiap perintah perlaksanaan, pengkomitan, penangkapan, notis hiwalah atau penahanan harta
10.00
20.00

12.
Apabila mencatatkan atau memeteraikan apa-apa perintah yang dibuat dalam Kamar
10.00
20.00

13.
Apabila mencatatkan atau memeteraikan penghakiman
atau perintah yang diberikan, diarahkan atau dibuat dalam perbicaraan, pendengaran atau pertimbangan lanjut sesuatu kuasa atau perkara dalam Mahkamah
25.00
50.00
50.00

14.
Apabila memeteraikan apa-apa penghakiman atau perintah lain di mana tiada fi diperuntukkan dengan khususnya
10.00
20.00
20.00

Rayuan

15.
Apabila memfailkan notis rayuan daripada Pendaftar kepada Hakim dalam Kamar
10.00
10.00

16.
Apabila memfailkan notis rayuan atau notis rayuan balas kepada Mahkamah Tinggi Syariah
50.00

17.
Apabila memfailkan permohonan kebenaran untuk melanjutkan tempoh rayuan daripada Mahkamah Rendah Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah
20.00

18.
Apabila memfailkan permohonan kebenaran merayu dan/atau kebenaran untuk melanjutkan tempoh rayuan daripada Mahkamah Tinggi Syariah kepada Mahkamah Rayuan Syariah
50.00

19.
Apabila memfailkan notis rayuan daripada Mahkamah Tinggi Syariah kepada Mahkamah Rayuan Syariah
100

20.
Apa-apa permohonan interlokutori sementara menanti rayuan di—

    (a) Mahkamah Tinggi Syariah; dan
20.00

    (b) Mahkamah Rayuan Syariah
40.00

Salinan Dokumen

21.
Apabila membuat salinan dan menandakannya sebagai salinan diperakui bagi setiap folio
2.00
2.00

22.
Bagi tiap-tiap salinan kedua atau berikutnya jika salinan karbon atau melalui proses penduaan, bagi tiap-tiap folio
0.50
1.00

23.
Untuk memeriksa salinan bersih dan menandakannya sebagai salinan diperakui:

    (a) dalam hal salinan fotografik atau zeroks bagi setiap lembaran
1.00
1.00

    (b) dalam apa-apa hal lain bagi setiap folio
1.00
1.00

24.
Atas permohonan supaya dibenarkan menyalinkan apa-apa dokumen yang difailkan atau diserah simpan dalam Mahkamah, bagi setiap muka surat
1.00
1.00

Terjemahan

25.
Atas penyemakan, pembetulan dan pemerakuan terjemahan yang tidak dibuat oleh jurubahasa Mahkamah
5.00
ditambah RM1.00 untuk
setiap folio
5.00 ditambah
RM1.00 untuk
setiap folio

Pejabat Bendahari Negeri

26.
Atas perakuan tentang amaun atas transkip tentang akaun bagi apa-apa wang, kumpulan wang atau sekuriti termasuk permintaan mengenainya
4.00
4.00

27.
Atas pembayaran, penyerahsimpanan, pemindahan atau pendepositan wang kumpulan wang atau sekuriti dalam Mahkamah.
4.00
4.00

28.
Atas permintaan kepada Bendahari Negeri untuk mendapatkan maklumat secara bertulis berkenaan dengan apa-apa wang, kumpulan wang atau sekuriti dalam Mahkamah atau apa-apa transaksi dalam pejabatnya
4.00
4.00

Penetapan Kos

29.
Apabila menetapkan bil kos, jika—

    (a) amaun yang diperintahkan tidak melebihi RM1,000.00; dan
4.00
4.00

    (b) amaun yang perintahkan melebihi RM1,000.00 bagi tiap-tiap RM1,000.00 tambahan yang dibenarkan atau pecahannya
2.00
2.00

30.
Atas perakuan atau alokatur mengenai keputusan penetapan itu
4.00
4.00

Pelbagai

31.
Apabila memfailkan apa-apa dokumen yang tidak diperuntukkan dalam Jadual ini
4.00
4.00

32.
Atas apa-apa carian, termasuk pemeriksaan, bagi setiap setengah jam atau sebahagian daripadanya
4.00
4.00

33.
Atas permohonan bagi pengemukaan rekod atau dokumen yang hendak diberikan sebagai keterangan—

    (a) jika rekod atau dokumen itu ditinggalkan di Mahkamah
4.00
4.00

    (b) jika seorang dikehendaki mengemukakan rekod atau dokumen itu di Mahkamah
20.00
40.00

34.
Permohonan dengan kehadiran seorang pegawai Mahkamah sebagai saksi bagi setiap setengah hari atau sebahagian daripadanya
20.00
40.00

35.
Apabila menfailkan afidavit atau afidavit tambahan, bagi setiap orang yang membuatnya
3.00
3.00

36.
Dan bagi setiap eksibit yang dikehendaki ditandakan
1.00
1.00

37.
Apabila memperakui cabutan apa-apa dokumen, yang bukannya suatu penghakiman atau perintah, di mana tiada fi ditetapkan dalam Jadual ini
2.00
2.00

Penyampaian Dan Pelaksanaan

38.
    (a) Bagi setiap percubaan untuk menyampaikan kepada setiap orang akan apa-apa proses atau prosiding yang dikehendaki disampaikan oleh Mahkamah; dan
2.00
2.00

    (b) jika lebih daripada 3 kilometer dari Mahkamah bagi tiap-tiap kilometer tambahan
2.00
2.00

39.
Bagi melaksanakan tiap-tiap perintah perlaksanaan, perintah pengkomitan, penangkapan atau penahanan harta
10.00
10.00

40.
Untuk melepaskan harta yang disita mengikut arahan pihak yang mengeluarkan perintah pelaksanaan, penahanan, penangkapan atau penahanan harta
5.00
5.00

41.
Bayaran Perkhidmatan sebanyak 5 peratus akan dikenakan ke atas RM1,000.00 yang pertama dan 3 peratus ke atas semua jumlah wang yang selebih daripada itu apabila dilevikan dengan cara penyitaan dan penjualan atau yang jumlah wang itu hendaklah termasuk bayaran perkhidmatan pelelong
Hendaklah dipotong oleh Pendaftar

42.
Bayaran Perkhidmatan sebanyak 2 peratus akan dikenakan ke atas semua wang diterima oleh Pendaftar di bawah notis hiwalah
Hendaklah dipotong oleh Pendaftar

43.
Bayaran Perkhidmatan sebanyak 1peratus akan dikenakan ke atas semua wang yang diterima oleh Pendaftar sebagai penjelasan perintah penyitaan dan penjualan atau jika pelaksanaan ditarik balik, dijelaskan atau diberhentikan
Hendaklah dipotong oleh Pendaftar

44.
Bayaran Perkhidmatan sebanyak 1peratus akan dikenakan ke atas anggaran nilai harta yang disita atau amaun yang dinyatakan dalam perintah itu mengikut mana yang kurang jika pelaksanaan ditarik balik, dijelaskan atau diberhentikan
Hendaklah dipotong oleh Pendaftar

45.
Bagi setiap seorang yang perlu ditugaskan untuk menjaga apa-apa harta di bawah penyitaan
Kos Sebenar
Kos Sebenar
Hendaklah dibayar secara tunai
kepada
Pendaftar
atau terus
mengikut
baucer
yang
diperakui
oleh
Pendaftar

46.
Untuk mengalihkan barangan atau binatang ke suatu tempat untuk simpanan selamat dan makanan yang diberikan
Kos Sebenar
Kos Sebenar
Hendaklah dibayar secara tunai kepada
Pendaftar
atau terus
mengikut
baucer
yang
diperakui oleh
Pendaftar

47.
Untuk mengiklankan dan memberi hebahan tentang penjualan dengan cara lelong
Kos Sebenar
Kos Sebenar
Hendaklah dibayar secara tunai kepada
Pendaftar
atau terus
mengikut
baucer
yang
diperakui oleh
Pendaftar

Nota—

Dalam tiap-tiap kes di mana pelaksanaan ditarik balik, dijelaskan atau diberhentikan, fi itu hendaklah dibayar oleh orang di atas permintaannya penjualan itu diberhentikan dan amaun apa-apa kos atau caj yang kena bayar di bawah Jadual ini hendaklah ditetapkan oleh Hakim, sekiranya Pendaftar dan pihak yang bertanggungan membayar kos dan caj itu tidak bersetuju dengan amaun itu

48.
Permintaan bagi pembayaran keluar daripada wang yang dibayar masuk ke dalam Mahkamah mengikut perintah ansuran jika wang itu melebihi RM1,000.00 kecuali bagi bayaran nafkah anak dan isteri
2 peratus daripada jumlah wang yang dibayar keluar
2 peratus daripada jumlah wang yang dibayar keluar
Permintaan





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.