Sel. P.U. 18/95
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL SYARIAH (BORANG) 1995



JADUAL

Borang 24

ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH 1991
(Seksyen 163 (4))

BON UNTUK KEHADIRAN DEFENDAN

(Kepala dan Tajuk Am)


Ketahuilah semua orang mengikut bon ini bahawa kami, C.D. (defendan) yang beralamat

di.............................................................................................................................

E.F yang beralamat di................................................................................................

dan G.H. yang beralamat di........................................................................................

adalah bersesama dan berasingan terikat kepada A.B. (plaintif) ....................................

.................................................................................. dengan jumlah wang sebanyak

RM................................. iaitu wang yang sah yang kena dibayar kepada A.B. yang

tersebut atau wasi, pentadbir atau penerima serahhaknya; dan bagi pembayaran yang

dikehendaki dibuat dengan sebenar dan sesungguhnya itu, kami mengikat diri kami dan

setiap seorang daripada kami, wasi dan pentadbir kami mengikut bon ini yang dimeteraikan

dengan meterai kami pada..............haribulan.............19........


Bahawasanya melalui perintah Mahkamah bertarikh.........haribulan............19..............C.D.

yang terikat di atas, iaitu defendan dalam tindakan di atas, telah diperintahkan supaya sama

ada mendepositkan ke dalam Mahkamah wang atau harta lain yang cukup untuk menjawab

tuntutan terhadapnya dalam tindakan di atas atau mengemukakan jaminan untuk kehadirannya

pada bila-bila masa apabila dipanggil semasa tindakan belum selesai dan sehingga

penyempurnaan mana-mana perintah yang mungkin dibuat terhadapnya dalam tindakan ini.


Maka syarat bagi obligasi ini ialah jika C.D. yang tersebut hadir di dalam Mahkamah pada bila-bila

masa apabila dipanggil oleh Mahkamah semasa tindakan di atas belum selesai dan sehingga

penyempurnaan mana-mana perintah yang mungkin dibuat terhadapnya dalam tindakan ini, maka

obligasi ini menjadi tak sah dan tidak mempunyai kuatkuasa tetapi selain daripada dalam keadaan

itu akan terus berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya.



Ditandatangani, dimeteraikan dan diserahkan oleh C.D., E.F. dan G.H., yang dinamakan di atas di hadapanTandatangan C.D.
Tandatangan E.F.
Tandatangan G.H.


..................................................
Pendaftar/Hakim




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.