Sel. P.U. 18/95
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL SYARIAH (BORANG) 1995



JADUAL

Borang 17

KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH 1991
(Seksyen 140(2) (a))

NOTIS GARNISMEN

(Kepala dan Tajuk Am)


Perintah pelaksanaan bertarikh..............haribulan...........19.............

Kepada..............................................................................., Garnishee, beralamat

di................................................................................................

Ambil perhatian bahawa dari masa penyampaian notis garnismen ini kepada kamu, segala apa jua pun harta di dalam Negeri selain daripada harta tak alih, atau apa-apa kepentingan mengenainya yang kepadanya C.D. yang tersebut, seorang penghutang penghakiman, berhak secara benefisial, sama ada bersendirian atau bersesama dengan orang lain, dan yang pada masa penyampaian notis ini, atau pada bila-bila masa sebelum notis ini dibatalkan, berada atau sepatutnya berada dalam jagaan kamu atau di bawah kawalan kamu, dan semua hutang yang kena dibayar atau yang terakru kena dibayar oleh kamu oleh C.D. yang tersebut, penghutang penghakiman itu, pada masa atau dalam masa sebagaimana yang tersebut di atas adalah, tertakluk kepada hutang kerajaan dan kepada apa-apa hakmilik atau lien atau gadaian mengenainya yang bona fide dan terdahulu, masing-masingnya ditahan dalam tangan kamu sebagai garnishee sehingga takat atau nilai sebanyak RM......................................... untuk menyelesaikan tuntutan A.B., seorang pemiutang pelaksanaan; dan bahawa jika kamu, tanpa kebenaran atau perintah Mahkamah, pada bila-bila masa selepas penyampaian notis ini, dan sebelum penahanan dibubarkan, dengan sedar melepaskan jagaan atau kawalan terhadap mana-mana harta yang ditahan di bawah notis ini, atau memindahkan keluar Negeri atau menjual atau melupuskannya, atau menyerahkan bayaran sekian banyak daripada apa-apa hutang yang kena kamu bayar kepada C.D. yang tersebut, penghutang penghakiman itu, sebagaimana yang ditahan kecuali kepada diri saya sahaja, maka kamu boleh dikenakan penahanan dan membayar apa-apa ganti rugi dan kos kepada A.B. yang tersebut, pemiutang pelaksanaan itu, sebagaimana yang diawardkan oleh Mahkamah ini.


Bertarikh pada.............haribulan...............19...........
.............................................
Bailif




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.