Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995

BAHAGIAN V - FUNGSI PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH



Kaedah 13. Fungsi Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah.

(1) Pegawai masjid dan Jawatankuasa Kariah sesuatu masjid hendaklah membantu MAIS mentadbirkan masjid itu dan mengawal semua tanah wakaf dan tanah perkuburan Islam di dalam kariahnya mengikut Enakmen dan Kaedah-Kaedah ini.

(2) Pegawai masjid dan Jawatankuasa Kariah sesuatu masjid hendaklah-


(3) Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah sesuatu masjid boleh memungut atau menerima derma, hadiah atau wakaf untuk tabung masjid itu sesudah mendapat kebenaran bertulis daripada MAIS.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.