Jawatankuasa hendaklah mempunyai fungsi-fungsi yang berikut—
(a) menjalankan apa-apa ujian bertulis atau temuduga terhadap orang yang memohon Tauliah di bawah Kaedah-Kaedah ini, jika difikirkan perlu;
(b) menetapkan apa-apa terma, syarat dan sekatan semasa sesuatu Tauliah dikeluarkan;
(c) melulus dan mengeluarkan apa-apa Tauliah sebagaimana yang ditetapkan dalam kaedah 10;
(d) memberi apa-apa arahan, larangan atau perintah kepada mana-mana Pemegang Tauliah;
(e) menggantung atau menarik balik mana-mana Tauliah yang telah dikeluarkan;
(f) menasihati dan membuat syor-syor kepada MAIS mengenai segala perkara yang berkaitan dengan Tauliah;
(g) melapor dan memperakukan tindakan yang wajar yang diambil oleh MAIS berhubung pelakuan atau pelanggaran yang dilakukan oleh Pemegang Tauliah;
(h) menetapkan apa-apa fee berhubung dengan pengeluaran Tauliah; dan
(i) melaksanakan apa-apa fungsi lain yang berhubungan atau bersampingan dengan fungsi-fungsi Jawatankuasa yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (e), (f), (g) dan (h).