Sel. P.U. 346/2007
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2007

Bahagian V - TARIKH PELANTIKAN, GAJI PERMULAAN DAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN



Peraturan 26. Penetapan gaji permulaan

(1) Majlis hendaklah menentukan gaji permulaan seseorang pegawai.

(2) Jika seseorang pegawai yang akan dilantik bagi kali pertama memiliki pengalaman yang relevan dengan jawatan yang akan disandangnya, pegawai itu boleh diberikan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan satu pergerakan gaji biasa bagi tiap-tiap genap satu tahun pengalaman yang relevan itu.

(3) Pengalaman yang dianggap relevan bagi seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional ialah pengalaman yang diperoleh selepas pegawai itu mendapat kelayakan profesional atau akademik sebagaimana yang ditentukan dalam skim perkhidmatan yang berkenaan.

(4) Subperaturan (2) dan (3) hendaklah juga terpakai—


(5) Jika seseorang pegawai yang telah disahkan kemudiannya dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain, gaji permulaan pegawai itu hendaklah pada suatu mata gaji yang lebih tinggi sebagaimana yang hendaklah ditentukan oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.