Sel. P.U. 346/2007
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2007

Bahagian VI - TEMPOH PERCUBAAN, PENGESAHAN DAN PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN



Peraturan 29. Tempoh percubaan

(1) Seseorang pegawai yang dilantik ke dalam perkhidmatan Majlis dikehendaki berkhidmat dalam percubaan bagi tempoh satu hingga tiga tahun.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), Jawatankuasa boleh, dalam hal keadaan khas, memendekkan tempoh percubaan seseorang pegawai atau mengecualikan seseorang pegawai daripada tempoh percubaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.