Sel. P.U. 222/91
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1991

BAHAGIAN V - PERUNTUKAN AM



Kaedah 23. Pembaharuan.

(1) Tiap-tiap permohonan untuk memperbaharui Sijil Peguam Syarie hendaklah dibuat kepada Majlis tidak lewat dari dua bulan sebelum tamat tempoh sijil itu.

(2) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang 1 sebagaimana ditetapkan dalam Jadual 1 dan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie.

(3) Fee bagi setiap Sijil Peguam Syarie yang diperbaharui adalah seperti berikut:

(4) Seseorang Peguam Syarie yang gagal memperbaharui Sijil Peguam Syarienya sehinggalah tamat tempoh tiga bulan sebagaimana yang ditetapkan oleh subkaedah (3)(b)(iv) tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui sijilnya dan namanya hendaklah dianggap sebagai telah dikeluarkan oleh Majlis dari Daftar Peguam Syarie; dan jika dia berhasrat supaya dilantik semula sebagai Peguam Syarie, dia hendaklah memohon mengikut sepertimana yang ditetapkan oleh kaedah 21.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.