Seseorang yang ingin mendapat sesuatu Tauliah hendaklah—
(a) memohon kepada Jawatankuasa, melalui Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggalnya, dengan mengisi Borang Permohonan Tauliah yang disediakan oleh Jawatankuasa;
(b) permohonannya disokong oleh dua orang saksi yang mengetahui latar belakang dan kelayakan pemohon; dan
(c) mengemukakan dua keping gambar, salinan kad pengenalan dan salinan sijil atau sijil-sijil yang telah disahkan yang berkaitan dengan kelayakan pemohon.