Sel. P.U. 23/2001
KAEDAH-KAEDAH TAULIAH (SELANGOR) 2001



Kaedah 13. Prosedur permohonan Tauliah bagi bukan warganegara.

(1) Seseorang yang bukan warganegara yang ingin mendapatkan sesuatu Tauliah boleh membuat permohonan kepada Jawatankuasa dengan menggunakan Borang Permohonan Tauliah yang disediakan oleh Jawatankuasa bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang berikut—

(2) Jawatankuasa boleh pada bila-bila masa selepas permohonan diterima, meminta pemohon supaya memberi Jawatankuasa, dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu, apa-apa maklumat lanjut mengenai pemohon.

(3) Jika apa-apa maklumat lanjut atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subkaedah (2) tidak diberi dalam masa yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Jawatankuasa, permohonan tersebut hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidaklah boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon untuk membuat permohonan baru.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.