Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995

BAHAGIAN VIII - KEWANGAN



Kaedah 29. Akaun, penyata kewangan dan wang masjid.

(1) Bendahari setiap masjid hendaklah menyimpan akaun-akaun dan rekod-rekod yang sepatutnya bagi segala urusan masjid itu yang melibatkan perbelanjaan atau penerimaan wang dan hendaklah menyediakan suatu penyata akaun mengenainya pada setiap tahun.

(2) Bendahari setiap masjid hendaklah menghantar laporan kewangan masjid itu kepada MAIS tiap-tiap enam bulan sekali, iaitu bagi akaun yang berakhir pada 30 Jun dan yang berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.

(3) Semua wang sesuatu masjid dan wang untuk faedah sesuatu masjid hendaklah didepositkan di Bank Islam yang paling hampir dengan masjid itu atau dalam kemudahan perbankan Islam di mana-mana bank lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.