Sel. P.U. 23/2008
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI SELANGOR) 2008

Bahagian V - PERUNTUKAN AM



Kaedah 25. Sekatan

(1) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie melainkan dia adalah menurut subkaedah 8(4), dianggap sebagai telah dilantik menjadi Peguam Syarie oleh Kaedah-kaedah ini, atau dia telah dilantik dengan sempurnanya sebagai Peguam Syarie mengikut Kaedah-kaedah ini.

(2) Tiada seseorang pun boleh menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie jika suatu perintah penggantungan ke atasnya di bawah perenggan 20(b) masih berkuat kuasa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.