Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Kaedah 2. Tafsiran.

Dalam Kaedah- Kaedah ini, melainkan jika konteknya menghendaki makna yang lain-

"anak kariah" berhubungan dengan sesuatu kariah masjid, ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada lazimnya tinggal dalam kariah masjid itu;

"biro" ertinya biro yang ditubuhkan di bawah kaedah 23;

"daerah" ertinya daerah yang ditentukan oleh MAIS bagi maksud Kaedah-Kaedah ini;

"Enakmen" ertinya Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989;

"JAIS" ertinya Jabatan Agama Islam Selangor;

"Jawatankuasa Kariah" ertinya Jawatankuasa Kariah yang dibentuk mengikut kaedah 15;

"Jawatankuasa MAIS" ertinya Jawatankuasa MAIS Tentang Kariah Masjid yang ditubuhkan melalui kaedah 3;

"MAIS" ertinya Majlis Agama Islam Selangor;

"Pegawai Masjid" ertinya Nazir, Imam, Bilal dan Siak bagi sesuatu masjid yang dilantik di bawah seksyen 60 Enakmen.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.