Sel. P.U. 23/2001
KAEDAH-KAEDAH TAULIAH (SELANGOR) 2001



Kaedah 5. Timbalan Pengerusi.

(1) Mesyuarat Jawatankuasa boleh melantik mana-mana ahli untuk menjadi Timbalan Pengerusi.

(2) Jika Pengerusi, atas apa-apa sebab tidak dapat melaksanakan fungsi Pengerusi, atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah menjalankan fungsi Pengerusi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.