Sel. P.U. 3/2002 KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH (NEGERI SELANGOR) (PINDAAN) 2001
Kaedah 8. Pindaan kaedah 8.
Kaedah 8 kaedah-kaedah Ibu adalah dipinda dengan menggantikannya dengan yang berikut:
“8. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pemilihan Pegawai Masjid dan Ahli Jawatankuasa Kariah Daerah yang terdiri daripada:
(a) Pegawai Agama Daerah sebagai Pengerusi;
(b) Pegawai Penyelaras Masjid sebagai Setiausaha;
(c) lima orang ahli yang berikut:
(i) Orang Besar Daerah;
(ii) Penghulu Mukim masjid yang berkenaan;
(iii) Ketua kampung masjid yang berkenaan;
(iv) Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan yang berkaitan;
(v) seorang ahli Dewan Undangan Negeri atau wakil rakyat yang dinamakan oleh Pengerusi.
(2) Bagi setiap masjid, Jawatankuasa hendaklah mencalonkan sekurang-kurang 25 orang calon, termasuk sekurang-kurangnya seorang calon untuk menjadi wakil pemuda dan seorang calon untuk menjadi wakil wanita bagi maksud dilantik sebagai Nazir, Timbalan Nazir dan anggota Jawatankuasa Kariah bagi masjid itu.
(3) Pengerusi Jawatankuasa yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah mengemukakan nama calon-calon yang disebut dalam subkaedah itu kepada Setiausaha Jawatankuasa MAIS berserta dengan ulasannya tentang kesesuaian calon-calon itu.
(4) Jawatankuasa MAIS hendaklah memilih calon yang layak untuk dilantik menjadi Nazir dan anggota Jawatankuasa Kariah dan mengemukakan kepada MAIS nama calon-calon itu.”.