Bahagian II - PENUBUHAN JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE
Kaedah 7. Fungsi Jawatankuasa
Jawatankuasa hendaklah mempunyai fungsi seperti berikut:
(a) untuk membuat perakuan kepada Majlis mengenai kelayakan mana-mana orang yang memohon untuk dilantik sebagai Peguam Syarie oleh Majlis;
(b) untuk membuat perakuan kepada Majlis sama ada nama mana-mana Peguam Syarie itu harus di gugurkan daripada Daftar Peguam Syarie atau sama ada mana-mana Peguam Syarie itu hendaklah digantung dari menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau diberi amaran;
(c) untuk menjalankan fungsi lain yang berkaitan dengan fungsi yang disebutkan di bawah perenggan (a) dan (b).