(a) memberi ceramah umum mengenai apa-apa aspek Agama Islam atau mengajar Agama Islam berdasarkan al-Quran, al-sunnah, ijma’ dan Qias;
(b) berakhlak mulia dan amanah;
(c) menjalankan daya usaha untuk mengekalkan, memperbaiki dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan masyarakat orang Islam dan menggalakkan orang Islam meninggikan taraf hidup dan ekonomi serta menambahkan amalan dan taqwa mereka kepada Allah;
(d) tidak menfitnah saudara Islam yang lain; dan
(e) mematuhi undang-undang negara atau apa-apa arahan, larangan atau perintah yang diberikan oleh MAIS dan Jawatankuasa dari semasa ke semasa.