Sel. P.U. 4/2000
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH (NEGERI SELANGOR) (PINDAAN) 1999
Kaedah 3. Pindaan kaedah 37.
Kaedah 37 kaedah ibu adalah dipinda-
(a) dengan menomborkan semula kaedah yang sedia ada sebagai subkaedah (1);
(b) dengan memotong perkataan-perkataan "kecuali Bahagian II dan kaedah 8," dalam subkaedah (1) yang telah dinomborkan semula;
(c) dengan memotong perenggan-perenggan (f), (g) dan (h); dan
(d) dengan memasukkan selepas subkaedah (1) yang telah dinomborkan semula subkaedah-subkaedah yang berikut:
"(2) Walau apa pun jua peruntukan subkaedah (1), jika MAIS berpuashati bahawa adalah perlu demi kepentingan untuk kelicinan pentadbiran sesuatu surau, atau demi kepentingan kariah atau selainnya demi kepentingan awam, MAIS boleh pada bila-bila masa, selepas memberi notis bertulis kepada Jawatankuasa Surau berkenaan, mengecualikan peruntukan-peruntukan subkaedah (l) bagi surau yang berkenaan itu.
(3) Jika MAIS memberi suatu notis bertulis di bawah subkaedah (2), ia boleh memasukkan dalam notis itu apa-apa kehendak yang berbangkit atau bersampingan atau arahan-arahan yang berhubungan dengan perngecualian tersebut sebagaimana yang ia fikirkan perlu atau suaimanfaat untuk dibuat atau diberikan.
(4) Jika suatu surau telah diberi pengecualian menurut subkaedah (2)-
(a) peruntukan-peruntukan Kaedah ini, kecuali Bahagian II dan kaedah 8, hendaklah terpakai bagi surau itu dengan ubah-ubahsuaian yang perlu;
(b) surau itu hendaklah melantik, sebagai tambahan kepada Pengerusi, Imam, Bilal dan Siak, seorang Bilal Wanita atau Bilal Jenazah wanita;
(c) bilangan pegawai surau dan anggota Jawatankuasa surau itu tidak boleh melebihi 10 orang (termasuk Pengerusi, Imam, Bilal, Siak, Bilal wanita atau Bilal Jenazah wanita dan seorang wakil pemuda dan wakil wanita);
(d) pemilihan dan pelantikan pegawai surau dan anggota Jawatankuasa Surau itu hendaklah dibuat dalam mesyuarat agung tahunan surau itu; dan
(e) mesyuarat agung tahunan surau itu hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun dalam bulan April.".
Bertarikh 28 Disember 1999.
[P.D. JAI. Sel. 8014/13; P.D. Sel. 2780.]
DATO' SERI (DR.) HAJI ABU HASSAN BIN HAJI OMAR
Menteri Besar Selangor
TUAN HAJI AMBRIN BIN BUANG
Pengerusi
Majlis Agama Islam
Selangor
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.