Sel. P.U. 23/2008
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI SELANGOR) 2008

Bahagian III - PEGUAM SYARIE



Kaedah 14. Perisytiharan oleh Mahkamah Tinggi Syariah

(1) Kecuali mereka yang dilantik menurut subkaedah 8(4), dianggap sebagai telah dilantik menjadi Peguam Syarie di bawah Kaedah-kaedah ini, tiap-tiap orang yang telah dilantik oleh Majlis sebagai Peguam Syarie hendaklah sebelum dia boleh menjalankan amalan sebagai seorang Peguam Syarie, memohon supaya suatu perisytiharan pelantikannya sebagai seorang Peguam Syarie hendaklah terlebih dahulu dibuat oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Perisytiharan itu hendaklah dilakukan di Mahkamah terbuka.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.